9 Aug 2013

raye! raye! raye!

Cepatnye...!!! dah masuk raye yang ketiga dah..
actually nak upload foto ni mase raye pertame..
memandangkan busy sangat dok raye sana sini..,harini jugak baru free..

Dari Kg.Padang ke PAKR Panching ke Kolek ke Sg.Batu ke Maran ke Temerloh ke Maran semula ke Kg.New Zealand pastu baru lah ke Kuantan balik..

Ape-ape pun aku nak upload gambar raye banyak-banyak..hehehe















5 Aug 2013

Salam Aidilfitri!!!!

Ramadhan kini beransur pergi,
Kuih raya sedang menanti,
Takbir raya bergema lagi,
Jangan lupa datang beraya di rumah nanti..

Tinggal beberapa hari saja lagi dah nak raya..
baju raya,confirm dah beli..kuih raya pun dah siap..
Raya kali ni mesti meriah..sebab ramai saudara mara Adh balik tahun ni..tak sabar nak jumpa cousin yang dah lama tak jumpa..
seriusly rindu gila-gila tahap gaban dekat diorang tu..tak kiralah belah mak or belah ayah pun..
Adh rindu nak berkumpul satu keluarga ramai kat kampung..
Hehehe..
Adh balik pagi raya je..maklumlah rumah dekat je dengan rumah nenek..

Ape-ape pun,kalaulah pembaca blog Adh ni ada yang Adh kenal,
mohon maaf jika ada tersalah bahase,
tersilap bicara,
tercubit dekat mana-mana,
semoga raya tahun ni lebih bermakna daripada tahun sebelumnya..
Dengan ini,
Adh ingin mengucapkan 














3 Aug 2013

saddy friend you are

Banyak yang aku tak tahu pasal kawan aku,
dan 
banyak yang aku tak tahu ape yang kawan aku pendam selama ni..
tapi,
hari ni baru aku tahu ape yang sebenarnye yang dah terjadi pada die...
bagi aku die adalah satu-satunya kawan yang rapat dengan aku yang selalu aku ceritakan masalah aku pada die...
tapi,aku tak sangka yang selama ni die banyak berkecil hati..
tapi,aku tak tahu sebab ape..
bila aku tanye dia ada masalah ke tak, dia tak nak cerita..
no wonder dia tak nak cerita sebab dia ni kuat memendam perasaan..
aku takut suatu hari nanti bila dia dah tak boleh bertahan dengan masalah dia,
dia takkan dapat happy macam dulu lagi..
aku tak tahu siapa aku bagi dia,
mungkin,aku ni kawan biase bagi die..ehhhmmm..
aku rase,aku dah banyak buat salah dekat die..
dan sebab itu jugaklah aku rase aku makin menjauhi dia dan terus dijauhi oleh dia..
aku memang tak tahu ape yang dia rase,
tapi aku tahu aku sememangnye bukan sesiape bagi dia..

Hey kawanku yang tersayang,kalaulah kau bace ape yang aku tulis kat atas ni,dan kau tahu siapa yang aku maksudkan, aku minta maaf banyak-banyak kalau aku memang betul-betul ada buat salah dekat kau.. 

1 Aug 2013

Dengki oh Dengki

Ok, i am seriusly jealous dengan kawan aku,
mane tak nya, markah kertas peperiksaan dia lebih tinggi daripada aku..
sakit hati tahu tak!!!!
kalaulah aku dapat lintas dia,
kan bagus...
Tak pe, ni baru periksa percubaan..
aku akan pastikan aku dapat capai target dan lintas kau (kawan aku) dengan result PMR nanti..
Dan aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak!

30 Jul 2013

Ingatlah wahai kawan-kawan

         Seorang perempuan telah menyebarkan gosip tentang kawannya kepada semua jiran-jiran tetangga.Tak sampai sehari,seluruh kampung telah mengetahui gosip tentang kawannya sehinggalah kawannya mendapat tahu tentang khabar angin itu. Oleh disebabkan itu, kawannya berkecil hati dan disakiti. Tetapi khabar angin tentang cerita kawannya itu sebanrnya tidak benar sama sekali. Perempuan itu berasa bersalah lalu berjumpa dengan seorang lelaki tua untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaiman hendak membetulkan keadaan dengan situasinya sekarang ini.
               "Pergi ke kedai," dia berkata,"belilah seekor ayam dan bunuhnya. Kemudian, cabut bulu ayam itu satu demi satu dan letakkan di sepanjang jalan sewaktu kamu ingin pulang ke rumah." Walaupun perempuan itu terkejut dengan permintaan lelaki tua itu,perempuan turuti permintaannya.
               "Keesokan hari,lelaki tua itu berkata,"sekarang pergi dan kutip semula semua bulu ayam yang telah kamu tinggalkan semalam dan bawanya kepadaku."
               Perempuan itu pergi ke jalan yang sama,tetapi dia sedih kerana tiupan angin telah membawa kesemua bulu ayam itu pergi. Setelah mencari bulu ayam itu selama sejam,dia kembali dengan hanya 3 bulu ayam di tangannya." You see," kata lelaki tua itu,"senang untuk kita melakukannya,tetapi mustahil untuk kita mendapatkannya semula. Jadi, tentang khabar angin itu, ia mudah untuk kita lakukannya, tetapi sekali kamu lakukannya, kamu tidak akan dapat mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan itu."

29 Jul 2013

Suka atau Obses?

 Tiap kali kawan aku tweet pasal crush dia,
aku jeles,
Tiap kali dia berbual dengan kawan-kawan dia pasal crush dia ,
aku jeles,
Tiap kali aku nampak kawan aku pandang crush dia,
aku jeles,
No wonder lah aku jeles sebab kawan aku tu suka kat crush aku..,
tapi aku diam,
Tak nak lah aku gaduh hanya kerana mengejar seseorang yang belum tentu milik kita..
Dan aku tak nak putus kawan hanya kerana berebut crush..

Memang betul dia..
HENSEM,
Memang betul dia..
SMART,
Tapi..dia ramai peminat,
Aku rase akulah orang yang sukakan dia yang satu-satunya dia takkan pandang aku sampai mati pun..
Aku tahu aku tak..
CANTIK,
Aku tahu aku tak..
PANDAI,
Tapi aku selalu berdoa yang suatu hari dia akan jadi milik aku yang hakiki..
Mungkin,
ALLAH tak makbulkan doa kita hari ini,
Tapi percayalah,
Bila kita selalu berdoa dan meminta dengan DIA,
ALLAH pasti akan makbulkan permintaan kita..
Itulah yang aku selalu harapkan..
Ada kalanya doa kita tak dimakbulkan oleh ALLAH,
Mungkin..
ALLAH nak beri kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta..
Itulah yang aku selalu harapkan..

Aku selalu berangan..
Dia ada di sebelah aku,
Dan aku selalu berharap,
yang suatu hari nanti dia akan nampak aku 
sebagai seorang yang penting dalam hidup dia di depan matanya.

28 Jul 2013

Assalamualaikum..
   Bersawang jugaklah blog aku ni..lme sngt dah tak updatenye..

Kalau nak diikutkan bulan ni,dah nak masuk tujuh bulan mak aku pregnant...Aaaauuuuwwwwmmmm,nak dapat adik baru lah..excited tahap gaban dah ni.. hope lelaki,maklumlah adik beradik aku sumenye Heroin.. hehe..