30 Jul 2013

Ingatlah wahai kawan-kawan

         Seorang perempuan telah menyebarkan gosip tentang kawannya kepada semua jiran-jiran tetangga.Tak sampai sehari,seluruh kampung telah mengetahui gosip tentang kawannya sehinggalah kawannya mendapat tahu tentang khabar angin itu. Oleh disebabkan itu, kawannya berkecil hati dan disakiti. Tetapi khabar angin tentang cerita kawannya itu sebanrnya tidak benar sama sekali. Perempuan itu berasa bersalah lalu berjumpa dengan seorang lelaki tua untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaiman hendak membetulkan keadaan dengan situasinya sekarang ini.
               "Pergi ke kedai," dia berkata,"belilah seekor ayam dan bunuhnya. Kemudian, cabut bulu ayam itu satu demi satu dan letakkan di sepanjang jalan sewaktu kamu ingin pulang ke rumah." Walaupun perempuan itu terkejut dengan permintaan lelaki tua itu,perempuan turuti permintaannya.
               "Keesokan hari,lelaki tua itu berkata,"sekarang pergi dan kutip semula semua bulu ayam yang telah kamu tinggalkan semalam dan bawanya kepadaku."
               Perempuan itu pergi ke jalan yang sama,tetapi dia sedih kerana tiupan angin telah membawa kesemua bulu ayam itu pergi. Setelah mencari bulu ayam itu selama sejam,dia kembali dengan hanya 3 bulu ayam di tangannya." You see," kata lelaki tua itu,"senang untuk kita melakukannya,tetapi mustahil untuk kita mendapatkannya semula. Jadi, tentang khabar angin itu, ia mudah untuk kita lakukannya, tetapi sekali kamu lakukannya, kamu tidak akan dapat mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan itu."

No comments:

Post a Comment