30 Jul 2013

Ingatlah wahai kawan-kawan

         Seorang perempuan telah menyebarkan gosip tentang kawannya kepada semua jiran-jiran tetangga.Tak sampai sehari,seluruh kampung telah mengetahui gosip tentang kawannya sehinggalah kawannya mendapat tahu tentang khabar angin itu. Oleh disebabkan itu, kawannya berkecil hati dan disakiti. Tetapi khabar angin tentang cerita kawannya itu sebanrnya tidak benar sama sekali. Perempuan itu berasa bersalah lalu berjumpa dengan seorang lelaki tua untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaiman hendak membetulkan keadaan dengan situasinya sekarang ini.
               "Pergi ke kedai," dia berkata,"belilah seekor ayam dan bunuhnya. Kemudian, cabut bulu ayam itu satu demi satu dan letakkan di sepanjang jalan sewaktu kamu ingin pulang ke rumah." Walaupun perempuan itu terkejut dengan permintaan lelaki tua itu,perempuan turuti permintaannya.
               "Keesokan hari,lelaki tua itu berkata,"sekarang pergi dan kutip semula semua bulu ayam yang telah kamu tinggalkan semalam dan bawanya kepadaku."
               Perempuan itu pergi ke jalan yang sama,tetapi dia sedih kerana tiupan angin telah membawa kesemua bulu ayam itu pergi. Setelah mencari bulu ayam itu selama sejam,dia kembali dengan hanya 3 bulu ayam di tangannya." You see," kata lelaki tua itu,"senang untuk kita melakukannya,tetapi mustahil untuk kita mendapatkannya semula. Jadi, tentang khabar angin itu, ia mudah untuk kita lakukannya, tetapi sekali kamu lakukannya, kamu tidak akan dapat mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan itu."

29 Jul 2013

Suka atau Obses?

 Tiap kali kawan aku tweet pasal crush dia,
aku jeles,
Tiap kali dia berbual dengan kawan-kawan dia pasal crush dia ,
aku jeles,
Tiap kali aku nampak kawan aku pandang crush dia,
aku jeles,
No wonder lah aku jeles sebab kawan aku tu suka kat crush aku..,
tapi aku diam,
Tak nak lah aku gaduh hanya kerana mengejar seseorang yang belum tentu milik kita..
Dan aku tak nak putus kawan hanya kerana berebut crush..

Memang betul dia..
HENSEM,
Memang betul dia..
SMART,
Tapi..dia ramai peminat,
Aku rase akulah orang yang sukakan dia yang satu-satunya dia takkan pandang aku sampai mati pun..
Aku tahu aku tak..
CANTIK,
Aku tahu aku tak..
PANDAI,
Tapi aku selalu berdoa yang suatu hari dia akan jadi milik aku yang hakiki..
Mungkin,
ALLAH tak makbulkan doa kita hari ini,
Tapi percayalah,
Bila kita selalu berdoa dan meminta dengan DIA,
ALLAH pasti akan makbulkan permintaan kita..
Itulah yang aku selalu harapkan..
Ada kalanya doa kita tak dimakbulkan oleh ALLAH,
Mungkin..
ALLAH nak beri kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta..
Itulah yang aku selalu harapkan..

Aku selalu berangan..
Dia ada di sebelah aku,
Dan aku selalu berharap,
yang suatu hari nanti dia akan nampak aku 
sebagai seorang yang penting dalam hidup dia di depan matanya.

28 Jul 2013

Assalamualaikum..
   Bersawang jugaklah blog aku ni..lme sngt dah tak updatenye..

Kalau nak diikutkan bulan ni,dah nak masuk tujuh bulan mak aku pregnant...Aaaauuuuwwwwmmmm,nak dapat adik baru lah..excited tahap gaban dah ni.. hope lelaki,maklumlah adik beradik aku sumenye Heroin.. hehe..